KOTA BHARU: Seramai 129 orang daripada 20 keluarga
di Gua Musang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS)
setakat 10 pagi tadi, selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan
lebat berterusan di daerah itu sejak tiga hari lepas.
Sekretariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan daerah Gua
Musang, Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata dua PPS dibuka adalah Dewan
Orang Ramai, Chiku 7 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi (1) yang
mula diaktifkan pukul 9 pagi ini.
“PPS Dewan Orang Ramai, Chiku 7 menempatkan seramai 102 orang melibatkan 16 keluarga manakala PPS SK Limau Kasturi (1) pula menempatkan empat keluarga membabitkan 27 orang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yussalmi berkata beliau menjangkakan jumlah mangsa banjir di dua PPS tersebut akan bertambah memandangkan hujan masih berterusan di kawasan itu. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan