Khamis, 16 Disember 2021

4,262 kes baharu, Rt turun 0.92

Dr Noor Hisham Abdullah

JUMLAH kes baharu COVID-19 hari ini kembali melepasi angka 4,000 apabila 4,262 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini sebanyak 2.707 juta jangkitan.

“Pada 16 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,262 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,707,402 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, 3,900 kes baharu dilaporkan dengan 1,134 jangkitan direkodkan di Selangor.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt berada pada paras 0.92 semalam.

Rt semalam itu juga yang terendah perneha direkodkan untuk tempoh yang lama.

Tiada ulasan: