Khamis, 9 Disember 2021

28 kes kematian direkodkan

 Kementerian Kesihatan melaporkan 28 kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi, termasuk empat membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). - Foto fail NSTP
Kementerian Kesihatan melaporkan 28 kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi, termasuk empat membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). - Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 28 kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi, termasuk empat membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 sudah mencecah angka 30,746 kes, dengan 6,220 adalah kes BID.

Pada masa sama, laman sesawang GitHub KKM menunjukkan, kes kematian tertinggi semalam dicatatkan di Selangor termasuk satu kes BID.

Ia disusuli lima kes di Sabah termasuk dua BID; tiga kes di Johor; dua kes kematian masing-masing di

Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Pulau Pinang (termasuk satu kes BID); dan masing-masing satu kes di Kelantan, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 60, 878 kes jangkitan COVID-19 masih aktif di seluruh negara, dengan 49,644 atau 81.5 peratus kini menjalani kuarantin di rumah; 5,996 atau 9.8 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala seramai 4,810 pesakit COVID-19 terpaksa dirawat di hospital.

Sementara itu, sebanyak 125,838 dos vaksin diberikan semalam, dengan 114,944 dos penggalak; 6,322 dos lengkap dan 4,572 dos pertama.

Ia menyumbang kepada sebanyak 54,470,578 dos vaksin COVID-19 yang sudah diberikan kepada penduduk di negara ini termasuk 25,476,738 dos lengkap dan 25,904,280 dos pertama.

Setakat ini juga, sebanyak 78.0 peratus daripada populasi negara sudah lengkap divaksinasi manakala 97.2 populasi dewasa dan 86.7 peratus remaja sudah melengkapkan vaksinasi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada akhir Februari lalu.

Tiada ulasan: