MGF27092017_Banjir-Kedah_051-681x454
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membersihkan kawasan pusat pemindahan mangsa bencana di Sekolah Kebangsaan. Gambar hiasan
 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah boleh melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui senarai 142 sekolah di daerah Klang yang ditutup bermula hari ini sehingga 23 Oktober berikutan terletak di zon merah Covid-19.

KPM dalam kenyataan hari ini memberitahu senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.