Khamis, 8 Oktober 2020

PKPB di Klang hanya libatkan mukim Klang - Ismail Sabri

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan di Selangor  mulai tengah malam ini hanya melibatkan mukim Klang dan bukan kawasan lain seperti Pelabuhan Klang dan Kapar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

"Saya sudah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Besar Selangor iaitu PKPB Klang adalah di mukim Klang, tidak termasuk Kapar yang berada dalam daerah Klang.

"Kita sentiasa berhubung dengan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dari segi lokaliti dan sebagainya," katanya pada sidang media maya di Facebook dari rumahnya hari ini.

Ismail Sabri berkata, perkara lain berkaitan PKPB akan dimaklumkan dalam masa ke semasa.

Selain Klang, kerajaan persekutuan juga telah mengenakan PKPB ke atas kawasan-kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah di Sandakan, Papar, dan Tuaran di Sabah, mulai pada tarikh yang sama. Ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah-daerah berkenaan.

 

Tiada ulasan: