Khamis, 1 Oktober 2020

PATI guna lorong tikus ditahan

Suraya Roslan
 
Antara PATI yang ditahan di Kota Tinggi, Johor hari ini. Foto Ihsan ATM

Kuala Lumpur: Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) hari ini ketika cuba pulang ke Indonesia melalui lorong tikus.

Dalam rondaan di sektor Op Benteng pada 11.40 pagi di bawah kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 K-A-D) di kawasan kolam udang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor sekumpulan orang dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan di bahu jalan.

"Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati tujuh lelaki dan dua wanita berusia 21 hingga 42 tahun warga Indonesia ingin pulang ke negara mereka melalui laluan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua PATI itu ditahan dan dibawa ke Pos Tuan Sheh, Tanjung Sedeli, Johor untuk pemeriksaan lanjut dan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Bandar Mas sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

"Laporan polis dibuat di Balai Polis Sedili Kecil dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,556.94 membabitkan wang tunai pelbagai negara, dua jam tangan serta lapan telefon bimbit," katanya.

Tiada ulasan: