Khamis, 22 Oktober 2020

Macau Scam: Polis serbu pejabat Alvin

Kumara Sabapatty
MGF21102020_SIDANG-MEDIA-JSJ-BUKIT-AMAN_04-681x454
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR – Polis menyerbu premis perniagaan, komunikasi dan logistik di Plaza Low Yat, di sini semalam yang dipercayai digunakan oleh individu yang dikehendaki polis, Goh Leong Yeong @ Alvin kerana menjalankan aktiviti Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, Alvin menjadikan plaza itu lokasi penyediaan barangan komputer dan telekomunikasi untuk kegiatan Macau Scam dan perjudian atas talian.

Menurutnya, Alvin menjadi vendor keselamatan di plaza berkenaan bagi membolehkannya dengan mudah mendapatkan segala barangan teknologi maklumat telekomunikasi.

“Ya peranan Alvin dan Addy Kana sebagai ‘kordinator’ menyedikan kemudahan logistik, sewa premis kediaman dan pejabat memudahkan operasi pelaburan haram itu berdasarkan operasi pejabat perniagaan Alvin di Plaza Low Yat, Bukit Bintang dan itu memastikan dia menjadi pilihan utama sindiket Macau antarabangsa.

Tambah Huzir, polis akan terus memantau tempat itu dan memburu Alvin yang melarikan diri daripada ditahan polis sejurus dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: