Bernama
AZAM:
Setakat ini, SPRM sedang berusaha dengan agensi-agensi lain untuk
memulangkan kembali wang rakyat, yang telah diselewengkan di luar
negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA:
Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memerlukan banyak kerjasama dan
koordinasi negara-negara luar, bagi mendapatkan semula aset, kata Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri
Azam Baki.
Beliau berkata siasatan kes 1MDB ini masih panjang dan belum selesai, kerana ia melibatkan bidang kuasa di luar negara.
“Apa
yang boleh saya katakan setakat ini, SPRM sedang berusaha dengan
agensi-agensi lain untuk memulangkan kembali wang rakyat, yang telah
diselewengkan di luar negara.
“Pihak SPRM
sedang bekerjasama dengan pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat,
United Kingdom, Switzerland dan Singapura,” katanya, dalam wawancara
khas dengan Bernama sempena Ulang Tahun SPRM ke-53 yang akan disambut
hari ini (1 Okt).
Azam berkata SPRM ambil langkah kehadapan, dengan membuat pengesanan aset dan mendapatkan semula aset 1MDB.
“Apabila
kami menyiasat kes 1MDB, kami bukan sahaja berusaha untuk mendapatkan
hukuman paling tinggi terhadap seseorang yang tertuduh, malah berusaha
untuk mengembalikan hasil negara,” katanya.
Beliau berkata ia secara tidak langsung, dapat mengurangkan ketirisan negara pada masa akan datang.
“Saya
boleh katakan, kes melibatkan 1MDB merupakan antara kes yang paling
dikenali dan banyak menarik perhatian, di peringkat antarabangsa.
“Selain
itu, kes 1MDB banyak mendatangkan kerugian kepada negara, kerana itu ia
menjadi tumpuan SPRM untuk menyelesaikannya, kerana ia melibatkan
kerugian yang besar,” katanya.
Azam
berkata status kes 1MDB ketika ini, masih diperingkat perbicaraan
mahkamah dan beliau enggan mengulas lanjut kes itu, kerana dikhuatiri
akan menjejaskan siasatan serta perbicaraan.
Pada
Julai lepas, Bernama melaporkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan
semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan terhadap
individu dan pihak yang berkaitan, dengan skandal penyelewengan 1MDB.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan