SUARA MERDEKA
Hasil carian di internet mendapati kejadian itu berlaku pada akhir 80-an dan menurut laporan keratan akhbar yang tiada tarikh pemimpin DAP itu telah menyaman Kiai Arshad kerana kejadian itu.
Dikatakan Karpal ditampar kerana kenyataannya yang menyinggung perasaan orang Melayu.
Bomoh berkenaan Allahyarham Arshad Mat Gamat yang tinggal di Selayang. Berasal dari Teluk Bakong, Lambor Kanan, Parit, Perak.
Disebabkan tidak mahu membayar denda beliau telah dipenjara dan menurut sebuah blog melaporkan Datuk Ujang Bagong telah membayar denda tersebut.
Mungkin mereka yang mempunyai maklumat atau telah menjadi wartawan ketika itu dapat bercerita dengan lebih lengkap kejadian tersebut.
Apa yang Belang mahu ceritakan sebenarnya bagaimana orang Melayu dahulu menolak para pemimpin DAP kerana sikap mereka yang terlalu anti-Melayu.
Jadi apabila terdapat cerita UMNO akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Ketua Pembangkang yang di dalamnya terdapat DAP bagi membentuk kerajaan baharu, ia sangat aneh.
Dan mungkin juga orang Melayu sudah lupa bagaimana selama ini mereka berjuang menolak kepimpinan parti yang cenderung menindas dan menafikan hak orang Melayu.
Belang yakin akar umbi UMNO masih lagi tidak dapat menerima sebarang bentuk kerjasama dengan DAP walaupun parti yang didominasi orang Cina itu cuba menonjolkan diri sebagai parti yang memperjuangkan rakyat negara ini keseluruhannya.
Justeru apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau tidak dapat menghalang jika terdapat pemimpin UMNO yang mahu menyokong Anwar bukan bermakna beliau menyokong kerjasama dengan DAP.
Tetapi lebih kepada realiti kerana ramai pemimpin UMNO yang melompat parti dan termasuklah Dr. Mahathir keluar masuk parti beberapa kali dengan pelbagai alasan.
Ahmad Zahid cuma menunjukkan sedikit ketegasan beliau dalam mendepani politik bersama Bersatu yang juga serpihan UMNO yang mahu menjadi abang besar, walaupun parti itu mempunyai jumlah kerusi yang lebih kecil.
Hanya kerana perdana menteri dan menteri dalam negeri dalam kalangan parti mereka, Bersatu berterusan menekan para pemimpin UMNO dengan pelbagai cara.
Termasuk dengan cara terang-terangan apabila meletakkan calon Bebas menentang calon UMNO ketika pilihan raya negeri Sabah tempoh hari.
Kini Bersatu cuba memancing pemimpin UMNO di Perak bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Bersatu politiknya tiada seni langsung, semua mahu disondol, berbanding DAP kini lebih cerdik dan diterajui oleh orang muda yang menggunakan pendekatan diplomasi dan strategik.
DAP sebenarnya telah berjaya melumpuhkan MCA dengan itu parti berkenaan telah berjaya menjadi parti dengan jumlah terbesar kerusi di negara ini kerana mendapat sokongan padu kaum Cina.
Dalam masa terdekat ini kaum Cina tidak akan kembali kepada MCA yang dilihat gagal memperjuangkan kehendak kaum sendiri.
Jadi jika UMNO tidak mahu bekerjasama dengan DAP, mereka perlu memperbaiki hubungan dengan Bersatu dan Pas, pada masa saya memberi ruang MCA serta MIC memperbaiki diri supaya mengembalikan sokongan kaum masing-masing.
Namun demikian UMNO tidak boleh memandang enteng dengan parti baharu seperti Muda kerana ke hadapan anak muda tidak lagi terikat dengan nostalgia dan fahaman politik perkauman serta sempit.
Mereka memilih pemimpin yang mampu memenuhi citarasa mereka dan ini memang sukar dilaksanakan oleh UMNO.
Pertengahan tahun hadapan akan ada pemilihan UMNO, ketika itu kita akan dapat lihat apakah bentuk baharu UMNO yang telah hilang kuasa dan kembali berkuasa, tetapi terpaksa tidur bersama gunting dalam lipatan dan musuh di dalam selimut.
Mimpi mereka tidak pernah sama, bertikam dari belakang sudah menjadi perkara normal yang baharu. – BELANG BERTEMPAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan