Penceroboh tanah kerajaan dapat layanan istimewa, apa sudah jadi?
BANGI – Pastinya ramai yang mengikuti perkembangan isu pencerobohan tanah haram di Raub tidak akan berpuas hati dengan pihak berkuasa negeri Pahang.
Terbaharu, kumpulan pekebun haram di Raub mendakwa, kerajaan Pahang sudah menyediakan pelan bagi menghalalkan tanah yang mereka terokai.
Save Musang King Alliance (SAMKA) mendakwa, rata-rata pekebun bersetuju dengan pelan tersebut, bagaimanapun menolak kehadiran pihak ketiga yang dituduh cuba mengaut keuntungan secara melampau.
SAMKA mendesak supaya rancangan korporat yang kononnya merampas dan meraih keuntungan daripada hasil kerja pekebun perlu dihentikan.
SAMKA turut mendakwa, aktiviti penanaman durian oleh pekebun di keenam-enam buah kampung itu mula dijalankan sejak tahun 1960-an, manakala pada 1970-an mereka mengusahakan tanah itu di bawah rancangan ‘Buku Hijau’ kerajaan.
“Pelan ini tidak harus dilaksanakan melalui pihak ketiga yang menggunakan cara ‘rent-seeking’ dan mengaut keuntungan yang melampau dengan menzalimi hak dan kepentingan pekebun serta merampas hasil usaha pekebun,” dakwanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Menyifatkannya ‘penyelesaian yang dibuat’ sebagai tidak adil, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, sebelum ini seorang bekas tentera dikenakan hukuman penjara selama dua tahun dan didenda RM50,000 akibat menceroboh tanah hutan.
“Sebaliknya, penceroboh tanah yang menanam duriang Musang King – ribuan ekar – menerima layanan yang sungguh istimewa. Ia sangat memalukan.
“Saya yakin ratusan ribu, atau mungkin jutaan rakyat yang mengikuti perkembangan isu ini pastinya tidak berpuas hati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, kerajaan Pahang memaklumkan mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun melalui hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan