Sabtu, 10 Oktober 2020

Hajiji disahkan positif Covid-19

Wartawan MalaysiaGazette
MGF11092020_PERJUMPAAN-KEPIMPINAN-PARTI17-681x454
Hajiji Noor

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif Covid-19.

Effendi Mohamed Sunoh, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri itu berkata, Hajiji kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

“Hajiji telah menjalani ujian Covid-19 semasa dalam kuarantin. Hasil ujian terbaharu mengesahkan beliau didapati positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, Hajiji dalam keadaan baik dan stabil.

Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video.

Hajiji meminta seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada Covid-19.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong memaklumkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah beliau terdedah kepada individu positif Covid-19.

Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan dilakukan melalui sidang video. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: