Sabtu, 24 Oktober 2020

Dr Noor Hisham Suruh Berhenti Berbalah, Barisan Hadapan Letih Dah 10 Bulan Lawan COVID-19.

www.kini.airnws.com

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan usaha menentang Covid-19 perlu dilakukan secara bersama.

Ketua pengarah kesihatan berkata virus pembunuh tidak terhapus jika masyarakat terus berbalah dan melupakan peristiwa lalu.

“Kita perlu bersatu dan bersama-sama bertarung melawan Covid-19 bukan berbalah sesama sendiri,” coretnya di Twitter pagi ini.

10 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam dengan 710 kes penularan baharu.

Malaysia kini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 selepas kes baharu terus mencatatkan pertambahan tiga angka.

Perkembangan terbaru ini membuatkan kerajaan dilaporkan dalam usaha memohon darurat dapat diisytiharkan.

COVID-19: Petugas kesihatan letih perlu diganti, KKM tidak tetapkan bilangan sukarelawan | Astro Awani

Dr Noor Hisham berkata rakyat perlu belajar bagaimana Covid-19 cepat tersebar selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, barisan hadapan kini berada dalam keadaan letih selepas bertugas sejak sepuluh bulan lalu.

“Barisan hadapan kita bertahan di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24 jam sehari.

“Mental dan fizikal dalam keadaan letih. Sesetengah daripada mereka bersiap untuk berundur diri. Belajarlah daripada PRN Sabah,” katanya lagi.

sumber : malaymail

Perah tenaga 18 jam sehari | Harian Metro

BUKAN rahsia lagi apabila insan bernama doktor dan jururawat adalah mereka yang paling depan bertungkus-lumus 24 jam bagi menampan serangan Covid-19 terhadap rakyat di negara ini.

Kegigihan dan kemuliaan mereka ini tanpa mengira waktu menyabung nyawa bagi merawat dan menyelamatkan mereka yang dijangkiti virus itu yang kini sudah menyebabkan 15 kematian di negara ini dan ratusan ribu di seluruh dunia.

Bukan itu, saja ketika puluhan juta rakyat di negara ini masih mampu menikmati kehidupan harian selesa walaupun ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi tidak bagi doktor dan jurawat ini yang ‘menggila’ melaksanakan tugas yang terbaik untuk rakyat.

Kini, usaha insan mulia ini yang dimuat naik mereka yang prihatin dapat disaksikan dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Contohnya, satu video berdurasi empat minit 35 saat dipercayai luahan doktor tular di media sosial hingga menyentuh hati netizen.

Video bertajuk “Dengar doktor menangis terlalu penat’ antara luahan rasa situasi barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.

Harian Metro difahamkan, video itu dihasilkan oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim sebagai kempen meminta sumbangan membeli penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman dan pakaian perlindungan (PPE) untuk barisan hadapan negara dan #stayathome menerusi pautan heromalaysia.com.

“Saudara-saudaraku, apa yang paling kita takuti ialah team frontliner (barisan hadapan) kita mula burn out, kepenatan, hilang semangat dan keletihan melampau.

“Staf (kakitangan) KKM ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari, pulang rumah mandi letak kepala dua saat terus tertidur.

“Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja, ada suami isteri yang menghantar makanan buat pasangan mereka yang bekerja di hospital menangis melihat pasangan mereka kepenatan, anak dalam kereta memandang dari jauh, ibu dan ayah melambai dengan esakan tidak henti bahkan tukang cuci hospital menangis melihat doktor dan staf KKM kelesuan, keletihan serta hati tidak bermaya lagi,” katanya.

Dalam video berkenaan turut menyatakan kerisauan jika barisan hadapan dan paling penting itu tumbang.

“Tetapi, malangnya kita yang sihat dan diberi cuti ini ada yang tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka.

“Ada mempersendakan apa yang mereka lakukan dan pengorbanan mereka. Ada yang kemas kini ke pasar raya beramai-ramai, ada yang berkelah ke tepi pantai, bawa anak ke taman permainan.

“Ya Allah, sedarlah semua dan lebih teruk ada yang degil dan menipu. Ada yang kontak terus dengan pembawa Covid-19 enggan mengakui dan datang terus ke hospital tidak jujur bercerita dan selepas disahkan positif, menangis doktor yang merawat mereka kerana perlu dikuarantin,” katanya.

Luahan itu turut menyatakan kasihanilah jururawat dan doktor yang cuba membantu, tetapi mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan tidak jujur.

Video itu turut menyatakan banyak air mata tumpah kerana pengorbanan mereka termasuk ada kakitangan yang menangis tidak dapat lagi solat di awal waktu.

* sumber : hmetro

Tiada ulasan: