Sabtu, 17 Oktober 2020

Bekas Setpol Tun M meninggal dunia

Radzuan Hassan
tan-sri-aziz
Allahyarham Tan Sri Aziz Shamsuddin.

KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia malam tadi di Ara Damansara Medical Centre pada usia 82 tahun.

Allahyarham juga bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri keempat dan menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Solat jenazah akan dilangsungkan di Masjid Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini dan jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: