Ahad, 18 Oktober 2020

'Ambillah hati ibu nak...'

Yusmizal Dolah Aling

FATIN Nabilah bersama Aryan yang mengalami masalah hati. FOTO ihsan Fatin Nabilah Ab Aziz.

Kuala Lumpur: "Baby Aryan, ambillah hati ibu nak." Itu pengorbanan Fatin Nabilah Ab Aziz untuk anaknya, Mohamad Faqish Aryan Mohamad Yuslin Affiq yang berusia setahun yang menghidap Biliary Atresia sejak kecil.

Pada 4 November ini, Fatin Nabilah, 26, akan mendermakan sebahagian kecil daripada hatinya kepada anak tercinta yang kini semakin lemah dan memerlukan pembedahan segera.

Katanya, keputusan untuk berkongsi hati itu dibuat sejak anaknya itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara beberapa bulan lalu.

"Saya tidak sampai hati melihat keadaannya. Dia boleh pengsan jika tidak minum susu selama setengah jam.

"Perutnya semakin membesar dan dia semakin lemah. "Memang ada yang sudi dermakan, tetapi biarlah badannya menerima hati daripada darah daging sendiri, doktor turut mengatakan itu lebih baik," katanya kepada Harian Metro.

Fatin Nabilah yang tidak bekerja mengharapkan orang ramai menghulurkan bantuan untuk membiayai kos perubatan berkenaan.

Katanya, dia memerlukan RM12,000 lagi untuk menampung rawatan keseluruhan bernilai RM120,000.

"Setakat ini, saya hanya bergantung kepada bantuan orang ramai yang simpati dengan keadaan anak saya.

"Saya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sendiri. Simpanan sedia ada pun sudah habis saya gunakan sepanjang berada di hospital untuk pemantauan sejak dua bulan lalu," katanya.

Dia turut berkongsi kisah anaknya itu di Facebook sehingga mengundang simpati rakan serta kenalan yang turut membantu mendapatkan dana.

Katanya, dia berdoa supaya pembedahan itu berjalan lancar dan anaknya itu dapat hidup normal seperti orang lain.

Orang ramai yang menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank nombor 7611143446 atas nama Fatin Nabilah.

Tiada ulasan: