KUALA LUMPUR – Pelakon Mira Filzah meluahkan rasa kesal mengenai tindakan seorang individu di laman sosial yang tidak gemar terhadap perkongsiannya menerusi sesi ‘Ask Me Questions’ yang dijadikan bahan berita.
Mira berkata, apa yang dilakukan di media sosial hanyalah salah satu cara untuk berkongsi pandangan peribadi dengan peminat dan tidak pernah meminta perkongsiannya itu dijadikan artikel.
“Apa saja perkongsian yang saya muat naik di Instagram Stories menerusi ‘Ask Me Questions’ adalah cara untuk memberitahu dan berkongsi pandangan bersama peminat dan pengikut yang baik dengan saya.
“Saya tidak pernah ditemubual berhubung perkongsian yang saya berikan. Ia tidak adil kepada saya dan Emir untuk orang menilai kami sebab mereka baca beberapa artikel berdasarkan soalan peribadi antara saya dan peminat.
Sebelum Mira membuat luahan terbabit, dia memuat naik paparan skrin mesej seorang individu yang meluahkan rasa menyampah terhadap perkongsiannyanya yang dijadikan berita di media.
“Menyampah. Adakah anda rasa anda seorang saja berkahwin di Malaysia. Berita anda ada di semua tempat, sangat menyampah. Saya tak pasti di mana nak memuja anda sebagai ikon. Entah bagaimana, lakonan awak biasa saja,” tulis individu itu.
Terdahulu Mira sering membuka soalan menerusi ‘Ask Me Questions’ di Instagram Stories dan menerima banyak pertanyaan daripada peminat mengenai kehidupan selepas berkahwin dengan Wan Emir Astar.
Antara perkongsian pelakon jelita itu adalah cadangan nama anak, belajar untuk memasak dan bacaan surah yang diamalkan setiap hari.
Bagaimanapun, Mira berkata dia tidak menyalahkan pihak media untuk mengeluarkan artikel berdasarkan perkongsiannya di laman sosial kerana memahami ia sebahagian daripada tugas mereka. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan