Khamis, 5 Mac 2020

Wayang belum habis ke Guan Eng? tanya Najib

Wartawan MalaysiaGazette

MGF11012020_CERAMAH-BOSSKU-BASAMA-URANG-KIMANIS_14-1
Najib Razak


KUALA LUMPUR – “Apa yang tak sempat?,” soal Datuk Seri Najib Razak kepada Lim Guan Eng.

Soalan itu dilontar kepada bekas Menteri Kewangan itu selepas Guan Eng mendakwa Kementerian Kewangan sudah meluluskan formula Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi (PTPTN) yang meluluskan pembayaran balik pinjaman selepas gaji melebihi RM4,000 sebulan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Guan Eng mempunyai masa sekurang-kurangnya 655 hari dalam kerajaan.

Sedangkan kata, Najib berkata, beliau menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 dan dalam masa enam bulan sahaja kerajaannya mengumumkan hadiah besar buat PTPTN.

Hadiah itu ialah menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2012, Najib berkata, beliau memberi diskaun sehingga 20 peratus untuk bayaran balik pinjaman PTPTN semasa membentangkan Bajet 2013.

“Saya mansuhkan PTPTN terus kepada pelajar cemerlang.

“Boleh check perenggan 154. https://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub13.pdfpdf.
“Wayang belum habis ke, Guan Eng?,” sindir beliau. – MalaysiaGazette
*MoF sudah lulus formula bayaran balik PTPTN tapi tak sempat umum


Tiada ulasan: