Ahad, 1 Mac 2020

Tian Chua ditampar, disimbah air dan diherdik 'pengkhianat'

Hasimi Muhamad, Astro Awani
Tian Chua ditampar, disimbah air dan diherdik 'pengkhianat'
Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua lebih berpihak kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto ihsan Pembaca Astro AWANI
 
 
KURANG lima jam selepas pelantikan Perdana Menteri kelapan, satu insiden tidak dijangka berlaku membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit yang sedang tukar ketika ini itu, Tian Chua diliha
 
ibu pejabat di Petaling Jaya.

Dalam insiden mencemaskan itu, Tian Chua turut ditolak selain ditampar pada bahagian kepala.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ahli Parlimen Batu itu dilihat disimbah dengan air dan dibaling dengan botol ketika cuba dibawa memasuki sebuah kenderaan.
 
Kumpulan tersebut turut kedengaran menjerit  “pengkhianat” kepada Tian Chua.

BACA: Beri peluang kepada Muhyiddin - KM Sarawak
BACA: Perjuangan kami selama seminggu berjaya - Azmin Ali
BACA: 'Episod awan hitam telah berlalu' - Ahmad Zahid

Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua didakwa lebih berpihak kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, punca sebenar insiden masih belum dapat disahkan setakat ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Namun, Afif dan Mohd Razlan dipercayai diasak dan dicemuh ketika mereka cuba meninggalkan premis berkenaan pada Ahad. 
 
 
 

Tiada ulasan: