Ahad, 22 Mac 2020

TERKINI : Alasan Ingin Cari Kerja, Polis Halau Warga Asing Pulang Rumah

Nik Muhammad Ihsan Nik Salleh
Ingin mencari kerja di ibu kota, itu alasan yang diberikan oleh seorang warga asing yang didapati berada dalam bas dua tingkat RapidKL ketika pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Ampang hari ini.

Bagaimanapun alasannya itu tidak diterima pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya lelaki diarahkan turun dari bas yang dinaikinya dan segela pulang ke rumah.

Terdahulu sebanyak dua trak tentera dan sebuah kenderaan Toyota Pajero bergerak daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ke kawasan Ampang untuk tujuan pengawalan.

Tiada ulasan: