Ahad, 1 Mac 2020

Speaker akan hubungi PM tentu tarikh sidang Parlimen

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 
dijadualkan bermula 9 Mac ini dan akan disempurnakan Yang 
di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
 
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata pihaknya akan berhubung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

Beliau akan menulis secara rasmi bagi menanyakan mengenai perkara itu esok.
Mohamad Ariff Md Yusof.
“Esok saya akan tulis minta maklumat lanjut bila kita akan bersidang. Saya akan tulis kepada perdana menteri sebelum buat keputusan.

“Tunggulah, saya pun tidak tahu kerana saya tidak memutuskan tarikh sidang Dewan Rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri di Istana Negara.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 dijadualkan bermula 9 Mac ini yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tiada ulasan: