Rabu, 18 Mac 2020

Senarai penuh perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi

MALAYSIAKINI

Malaysiakini


Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menerbitkan garis panduan terperinci untuk menerangkan jenis-jenis perkhidmatan dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan, yang bermula hari ini hingga 31 Mac.

Antara 23 perkhidmatan penting atau essential yang disenaraikan itu, termasuk, hotel, inap desa atau homestay dan penginapan berbayar.

Menurut MKN, perkhidmatan tersebut dibenarkan untuk beroperasi tetapi tetamu "perlu berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin".


Dapur sajian atau makan hanya boleh dipesan dan disajikan melalui room service atau perkhidmatan bilik.

Kemudahan hotel seperti kolam renang, gim, pub, bar, restoran dan spa tidak dibenarkan beroperasi.

Berikut adalah panduan lengkap yang dikeluarkan oleh MKN:



 * SILA LIHAT JADUAL DI ATAS LEBIH JELAS DI SINI

Sementara itu, MKN juga mengeluarkan garis panduan untuk sembilan "perkhidmatan tidak penting" yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini.

Antaranya ialah bengkel kereta, yang dibenarkan untuk "beroperasi pada skala minimum".

Berikut senarainya.

1. Pembaikan kenderaan
Perkhidmatan pembaikan beroperasi pada kadar minimum manakala perkhidmatan tunda dibenarkan.

2. Pembinaan dan Pengubahsuaian
Infrastruktur dalam pembinaan yang melibatkan keselamatan (dibenarkan tertakluk kepada penilaian Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

3. Keagamaan
Perhimpunan agama adalah dilarang.


Pengurusan kematian pula dibenarkan dengan penglibatan minimum.

4. Sukan atau riadah awam
Tidak dibenarkan manakala kemudahan atau lokasi ditutup.

5. Sosial dan budaya
Perhimpunan/persembahan/konsert/busking/zumba/kelab malam/disko/bar/karaoke/panggung wayang/pusat hiburan keluarga/fun fair/arcade dilarang dan ditutup. Majlis kenduri/keraian juga tidak dibenarkan.

6. Pergerakan dalam negara
Ini juga tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan mendapatkan keperluan asas dan akses kesihatan.

7. Pergerakan ke luar negara
Warganegara tidak dibenarkan tetapi bukan warganegara dibenarkan.
Kepulangan warganegara ke tanah air dibenarkan dengan menjalani pemeriksaan dan kuarantin 14 hari.


8. Kemasukan warga asing
Mereka tidak dibenarkan masuk - kecuali mempunyai taraf diplomatik, penduduk tetap dan pegawai dagang (expatriate) dalam perkhidmatan 'penting' dan mesti dikuarantin 14 hari berdasarkan kepada kes.

9. Kerja di luar negara
Warga Malaysia dilarang ke Singapura/Thailand/Brunei/Indonesia.



Tiada ulasan: