KUALA KANGSAR: Kerjasama dalam menumbangkan DAP dilihat telah menjadi matlamat yang turut didukung rakyat, manakala PAS pula langsung tidak memikirkan soal jawatan disebalik pembentukan kerajaan baharu.
Apatah lagi ujarnya, rakyat menyaksikan sendiri penipuan sepanjang tempoh tersebut apabila senarai Akuan Bersumpah (SD) didakwa pihak PH memiliki 114 majoriti, tetapi kemudian terserlah penafian seorang demi seorang.
“Ini jelas menunjukkan pihak PH hanya menokok tambah supaya SD tersebut dikatakan mendapat sokongan majoriti,” bidasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kangsar di Kompleks PAS Bukit Chandan, di sini baru-baru ini.
Bahkan menurutnya, rakyat terlebih dahulu resah dan kecewa dengan pemerintahan PH yang diliputi oleh kes-kes berat seperti kaitan dengan LTTE, pembunuhan Adib, penjualan aset Tabung Haji dan banyak lagi.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Ustaz Omar Adam dan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datin Rahayu Abd Rajak. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan