LENGGONG: Peralihan kuasa Kerajaan Negeri Perak boleh berlaku berikutan perubahan struktur di peringkat Persekutuan, apatah lagi perbezaan tipis jumlah kerusi DUN dimiliki antara kerajaan dan pembangkang di negeri ini.
Beliau mengulas demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Serantak Cawangan-cawangan PAS Kawasan Lenggong di Markas PAS Cawangan Lubuk Kawah, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Perak sepatutnya sudah tumbang apabila BERSATU isytihar keluar daripada PH memandangkan dia ADUN termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri juga daripada BERSATU.
Atas kerana itu terangnya, Pengerusi Umno Perak, Dato’ Saarani Mohamad telah mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kerana memikirkan keraguan yang wujud dan juga kepentingan kestabilan pemerintahan kerajaan negeri.

“Kita nak dengan rela hati masuk untuk bentuk kerajaan kerana hendak bela seluruh rakyat dan tidak mahu lagi Islam dan Bumiputera terancam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan