
TAIPING – Polis memburu dua lelaki yang memakai uniform anggota
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang disyaki terlibat dalam satu kes
rompakan sebuah kedai emas di Pokok Asam, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, suspek menaiki sebuah motosikal sebelum masuk ke dalam kedai dan memecahkan cermin pameran dengan menggunakan kapak sebelum melarikan sejumlah barang kemas.
Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai emas terbabit
manakala pemiliknya berada di bilik belakang dan tiada sebarang
kecederaan dilaporkan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid ketika
dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, suspek menaiki sebuah motosikal sebelum masuk ke dalam kedai dan memecahkan cermin pameran dengan menggunakan kapak sebelum melarikan sejumlah barang kemas.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bukan anggota RELA dan barang kemas yang dilarikan hanya daripada perak, katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan