Isnin, 9 Mac 2020

Perikatan Nasional tubuh kerajaan baharu di Perak

Norlaile Abd Rahman
perikatan-perak
Perikatan Nasional menubuhkan kerajaan baharu di Perak


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akhirnya mengumumkan Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan baharu di negeri itu dengan sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Setakat ini saya masih Menteri Besar Perak,” katanya yang sekali gus menghuraikan semua persoalan terhadap situasi politik dan kerajaan negeri Perak selepas lebih seminggu mengunci mulut.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan Ahmad Faizal mungkin sedang menunggu jawatan Kabinet selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8, Ahad minggu lepas.

Beliau sebelum ini memang diketahui rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Namun, perubahan suasana politik baru-baru ini menunjukkan seolah-olah beliau berpihak kepada Muhyiddin Yassin yang kini menerajui kerajaan Persekutuan yang baharu.

Dalam pada itu, UMNO, Pas dan Bersatu bakal menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi mengemukakan beberapa cadangan nama sebagai Menteri Besar, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: