Beliau berkata pihaknya dan PAS telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan perkara itu.
Saarani, yang juga Adun Kota Tampan, berkata beliau bertemu Ahmad Faizal selaku pengerusi PPBM Perak hari ini.
Beliau berkata secara dasar, ketiga-tiga parti kini memiliki jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri bersama Umno yang menguasai semua 25 kerusi Barisan Nasional (BN), manakala PAS (3 ), PPBM (2) dan Bebas (1) menyokong usaha itu.
Sementara itu, pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria ketika dihubungi turut mengesahkan persetujuan membentuk kerajaan negeri bersama-sama dengan Umno dan PPBM, namun enggan mengulas lanjut.
Pada pilihan raya umum ke-14), Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu terdiri daripada DAP, Amanah, PKR dan PPBM berjaya memperoleh 29 daripada 59 kerusi DUN Perak, manakala BN (27) dan PAS (3), namun tiada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan negeri kerana tidak mempunyai majoriti mudah 30 kerusi.
Bagaimanapun, PH berjaya mendapat mandat selepas 2 Adun BN meninggalkan parti dengan seorang daripadanya menyertai PPBM, manakala seorang lagi memilih menjadi Adun Bebas tetapi menyokong PPBM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan