Jelas Perdana Menteri Kelapan itu, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada negarawan tersebut dengan tujuan untuk memohon maaf dan meminta pertemuan diadakan.
“Tun sudah pun memberi jawapan “masanya belum tiba”. Saya bersedia untuk bertemu Tun pada bila-bila masa sahaja demi kepentingan negara ini.
“Saya mahu Tun mengiktiraf kerajaan ini, ini adalah kerajaan untuk rakyat yang mana ianya sah dan berpelembagaan.
“Saya rasa rakyat berharap kerajaan ini boleh berkhidmat kepada mereka,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Muhyiddin bagaimanapun enggan menjawab mengenai syarat yang dikenakan oleh Mahathir yang mahukan kerajaan baharu tersebut berpisah dengan UMNO.
“Saya tidak tahulah, tak usah panjang-panjang. Tidak elok,” jawabnya ringkas.
Namun begitu, beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana percaya kerajaan baharu pimpinannya itu mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.
Pada sidang media yang sama, Muhyiddin mengesahkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 rakannya yang lain telah pun diterima masuk untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Permohonan Mohamed Azmin dan rakan-rakannya termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, katanya.-
ARTIKEL BERKAITAN:Buang UMNO, syarat Dr Mahathir jumpa PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan