Hasni Mohammad, yang baru dilantik menjadi menteri besar Johor, mengumumkan barisan exco kerajaan negeri hari ini.
Kesemua 10 exco itu mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pagi tadi.
Antaranya Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang dan bekas adun PKR Chong Fat Full.
Dua
exco dalam kerajaan negeri sebelum ini, Tosrin Jarvanthi and Solehan
Badri, kedua-duanya daripada Bersatu, dikekalkan dalam barisan yang baru
ini.
Barisan exco terdiri daripada empat adun Bersatu, Umno (empat), MIC (satu) dan seorang adun bebas.
Hasni telah menggelarkan barisan exco petandbirannya sebagai "Exco Makmur Johor".
"Ini sahaja cukup untuk rakyat untuk tahu bahawa matlamat pentadbiran saya adalah untuk kepentingan Johor," katanya.
Menegaskan
pentadbirannya akan berkhidmat kepada semua penduduk negeri, Hasni
menggesa sebarang politiking dan pergaduhan ditamatkan.
Hasni mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada minggu lalu untuk mengetuai gabungan BN-Bersatu-PAS.
Walaupun
terdapat pertikaian awal berkenaan majoriti sokongan yang dimilikinya,
tindakan Chong yang keluar PKR semalam membolehkan Hasni mendapat
sokongan 29 daripada 56 anggota DUN.
Berikut ialah barisan exco kerajaan negeri yang baru:
1) Hasni Mohammad (Umno-Benut) -Sumber Asli, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, dan Pembangunan Ekonomi
2) Samsolbari Jamali (Umno-Semarang) -Industri Pertanian dan Asas Tani, dan Pembangunan Luar Bandar
3) Mazlan Bujang (Bersatu-Puteri Wangsa) -Pendidikan, Informasi, Budaya dan Warisan
4) Vidyananthan Ramanadhan (MIC-Kahang) -Kesihatan dan Persekitaran
5) Tosrin Jarvanthi (Bersatu-Bukit Permai) -Hal Ehwal Islam
6) Ayub Ismail (Umno-Rengit) -Perumahan dan Kerajaan Tempatan
7) Solehan Badri (Bersatu-Tenang) - Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan
8) Zaiton Ismail (Umno-Sungai Balang) - Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan