Selasa, 17 Mac 2020

KKM berusaha mohon bantuan China tangani Covid-19

Mohammad Arif Nizam
MGF16032020_PC-MENTERI-KESIHATAN03
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bercakap pada sidang media berhubung situasi semasa jangkitan penyakit koronavirus Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 
 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) sedang berusaha untuk memohon bantuan dari China untuk memerangi wabak pandemik Covid-19 yang semakin meningkat kes di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerjasama itu diperlukan menerusi peralatan-peralatan yang telah digunakan oleh hospital di negara itu sebelum ini.

“Kita sedang ke arah itu (mohon bantuan) untuk bantu kita yang sudah memasuki fasa kedua. Kita difahamkan China telah meminjamkan peralatan mereka ke negara lain seperti Iran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di kementeriannya di sini hari ini.

Adham ditanya sama ada pihaknya akan memohon bantuan dan kepakaran daripada Kerajaan China yang telah berjaya dalam membendung penularan wabak Covid19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu dapat dikawal.

Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China sebaliknya berjaya mengawal penularan itu.

Setakat ini, China merekodkan sejumlah 81, 029 kes, dengan peningkatan sebanyak 22 kes sejak Sabtu lalu.

Berdasarkan statistik, ia jauh lebih kecil berbanding peningkatan dalam tempoh 24 jam di Britain dengan 208 kes baharu dalam tempoh 24 jam. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: