Khamis, 5 Mac 2020

Kerajaan komited jadikan sistem pendidikan lebih baik – PM

Mohammad Arif Nizam

MGF050320_PM-HADIR-KEPUTUSAN-SPM_09-1
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama pelajar pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK,
 
PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan mengejut ke Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar yang menerima keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 hari ini.

Kemunculan beliau itu merupakan yang pertama melibatkan program bersama orang ramai sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu.

Kehadiran Muhyiddin disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Ghazali Abas, Yang Dipertua SAS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pengetua SAS, Salleh Ismail.

Dalam ucapan ringkasnya kepada ibu bapa dan pelajar, Muhyiddin berjanji kerajaan sentiasa komited untuk membawa pembangunan ke atas sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

“Saya komited untuk menentukan supaya sistem pendidikan negara kita akan menjadi satu sistem yang lebih baik, yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran, menguasai bidang pendidikan khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih baik, Bahasa Melayu yang lebih baik.

Tiada ulasan: