Selasa, 17 Mac 2020

Kematian kedua Covid-19 di Hospital Permai, mangsa hadir ijtimak tabligh

Wartawan MalaysiaGazette
tablidh
Proses saringan sebahagian peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan kes ke-178 mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020.

Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan di sini.

Sehingga kini dua kematian dicatatkan dan yang pertama adalah di Sarawak di mana mangsa merupakan kes ke-358 yang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Kematian pertama itu diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan.

Kedua-dua kes kematian itu dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan pada hari ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: