Oleh Athirah Huda Zalhe
Jangan gadai perpaduan nasional yang jadi agenda pendidikan negara

BANGI
– Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan
menimbulkan konflik dalam kalangan rakyat, apatah lagi dasar yang
dilaksana jelas melanggar Akta Pendidikan negara.
Walaupun
pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi
calon laluan khas UEC sudah dilaksanakan sejak 2011 – ketika pentadbiran
Barisan Nasional – kerajaan baharu diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin
digesa untuk mengkaji semula pelaksaan berkenaan.
Ketua
Wanita BERJASA, Azizah Che Awang bimbang jika pengambilan itu membuka
peluang kepada pejuangnya, Dong Jiao Zong (Dong Zong) menuntut pelbagai
perkara, termasuk membenarkan lulusan UEC ke proram lain di Institut
Pengajian Tinggi (IPT).
“Kenapa
Dong Zong beriya benar supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengiktiraf
UEC, sedangkan sistem pendidikan negara sudah ada SPM dan STPM sebagai
syarat kemasukan ke IPT.
“Apa
kurangnya SPM dan STPM, dan apa kelebihan UEC? Saranan saya, telusurilah
sejarah dan ambil ibrah daripadanya. Jangan gadaikan perpaduan nasional
yang merupakan matlamat utama pendidikan negara.
“Justeru,
Wanita BERJASA berharap KPM di bawah menteri baharu, Dr Mohd Radzi Md
Jidin akan bersikap tegas dan tidak bertolak ansur dengan tuntutan Dong
Zong yang rasis serta antinasional ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
KPM sebelum ini mengeluarkan iklan pengambilan khas PISMP dengan kepujian bagi calon laluan khas untuk pelajar lepasan UEC.
Malah,
terdapat poster dikeluarkan dengan kapsyen calon lepasan UEC, SMA dan
SMU berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 layak untuk memohon
PISMP.
UEC adalah
sebuah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya
diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar
Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan