Ahad, 15 Mac 2020

Henti sementara solat Jumaat, kata Yusuf al-Qardhawi

Agensi
12376296_1706906839577720_4124147457445977426_n
Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS), Yusuf al- Qardhawi.
 

QATAR – Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS), Yusuf al- Qardhawi menyeru negara yang terjejas Covid-19 menghentikan solat Jumaat sementara keadaan kembali pulih.

Ia termasuk juga solat berjemaah sekiranya perlu, kata ulama terkenal itu.

Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar melaporkan kenyataan ulama terkenal itu dibuat IUMS.

Pendirian IUMS, yang menghimpunkan puluhan ribu ulama dari seluruh dunia termasuk timbalannya di Malaysia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibuat ekoran tindakan beberapa negara membatalkan perhimpunan keagamaan.

Sebelum itu, di Malaysia, tindakan itu telah dilaksanakan di Perlis.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: