Harga runcit petrol RON95 turun 7 sen seliter bermula tengah malam ini dari RM1.89 seliter kepada RM1.82 seliter.
Kementerian
Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa
RON97 turun 9 sen, menjadikan harga bahan api itu RM2.10 seliter.
Harga runcit diesel juga turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM1.87 seliter.
Kementerian
kewangan berkata penetapan itu berdasarkan harga runcit produk
petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing
Mechanism (APM).
“Ketidaktentuan
harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh
ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama
dunia serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.
“Sebagai
langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna dan
pada masa yang sama untuk mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada
kerajaan, harga runcit bagi kedua-dua produk petrol RON95 dan diesel
diturunkan masing-masing kepada paras RM1.82 seliter dan RM1.87 seliter.
“Di
samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak
mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan
kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutama dalam
menangani peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga,”
kata kementerian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan