Premis diberi tempoh masa 14 hari untuk lunaskan kompaun
KUALA LUMPUR – Sebuah farmasi di Selayang dekat sini dikompaun RM20,000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat
Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Gombak
Azli Aripin berkata premis itu diberikan tempoh selama 14 hari untuk
melunaskan kompaun tersebut.
Beliau berkata serbuan itu dilakukan pada
kira-kira 6.30 petang susulan aduan orang awam berhubung penjualan
penutup hidung dan mulut melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Hasil uji beli yang dibuat oleh pegawai
penguat kuasa yang menyamar sebagai pelanggan mendapati peniaga tersebut
telah menjual penutup hidung dan mulut jenis 2-PLY dengan harga
sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah ditetapkan ialah 20 sen
sekeping,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Azli berkata sejumlah 45 unit penutup hidung dan mulut disita dengan nilai sitaan sebanyak RM45.
Beliau berkata tindakan mengikut Seksyen
11 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu menjual barang
kawalan melebihi harga maksimum telah diambil terhadap peniaga
itu.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan