Menteri Luar itu berkata, bantuan tersebut kini dalam perjalan ke Hospital Sungai Buloh.
“Baru 3 hari lepas saya bertemu H.E Ambassador Bai Tian, Duta China ke Malaysia di Wisma Putra untuk bincang mengenai bantuan yang mungkin Kerajaan China boleh hulurkan bagi membantu Malaysia tangani wabak #COVID19.
“Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitiser, #COVID19 test kit dan lain-lain.
“Pagi ini, Kedutaan China di Malaysia maklumkan, bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Terima kasih kepada Kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu. Teringat saya kata-kata Bai Tian masa kami jumpa hari tu – bukit sama didaki, lurah sama dituruni!,” tulisnya.
Hishammuddin turut memuatnaik dua gambar bantuan pertama itu. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan