Khamis, 19 Mac 2020

Polis jejaki peserta himpunan tabligh

Kumara Sabapatty
MGF17102019_Sidang-Parlimen_26
Ismail Sabri Yaakob 
 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjejaki kira-kira 4,000 orang lagi ahli-ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk membuat saringan kesihatan masing-masing.

Tindakan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menteri-Menteri Membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan selepas mendapati masih ramai lagi yang tidak mengendahkan rayuan dan nasihat yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat bertujuan mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap kumpukan tabligh tersebut yang masih tidak dapat dikesan sepenuhnya.

“Saya faham ada kebimbangan terhadap kumpulan tabligh yang masih tidak dikesan seramai 4,000 lagi setakat ini. Polis telah membuat keputusan untuk mengesan peserta tabligh itu.

”Dan, saya juga meminta kumpulan yang belum dikesan itu supaya tampil sendiri ke pusat Kesihatan buat saringan tanpa dicari,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Mengulas mengenai kebimbangan rakyat mengenai penyertaan 89 orang warga negara Malaysia dalam perhimpunan tabligh di Sulawesi Indonesia, Ismail berkata, jawatankuasa itu akan memastikan mereka terlibat dikuarantin sebaik sahaja tiba di tanahair nanti.

Kuarantin turut membabitkan semua rakyat Malaysia yang dibawa balik ke negara ink.

“Kita akan membincangkan butiran terperinci mengenai isu itu esok dalam mesyuarat sama selepas Jabatan Imigresen memberikan senarai jumlah sebenar rakyat kita yang akan pulang dari luar negara nanti,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: