Rabu, 4 Mac 2020

7 kes baru Covid-19 kontak rapat pengerusi UDA

A
Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat sentiasa mengambil 
langkah penjagaan kesihatan seperti mana yang digariskan 
Kementerian Kesihatan.
 
PETALING JAYA: Tujuh kes baru Covid-19 yang semuanya membabitkan rakyat Malaysia dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua 7 pesakit itu ialah kontak rapat Pengerusi UDA Holdings, Hisham Hamdan yang disahkan positif virus itu sebelum ini.

Ini menjadikan keseluruhan 36 kes direkodkan di Malaysia setakat ini, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Daripada 36 kes itu, jumlah kes sembuh 22 dan 14 kes masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.
PMO memaklumkan, semua kes yang dirawat di wad dalam keadaan stabil.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga mengarahkan pasukan petugas khas terus memantau status dan usaha pencegahan penularan Covid-19.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak panik dengan melakukan pembelian secara terburu-buru, dan sentiasa mengambil langkah penjagaan kesihatan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

“Mereka yang berkunjung ke negara berisiko seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Itali hendaklah mematuhi nasihat perjalanan dan kesihatan yang dikeluarkan dan segera ke hospital atau klinik sekiranya mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas,” menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan: