Jawatankuasa
Pemilihan Bersatu Selangor membuat laporan polis selepas mendapati
tujuh individu menggunakan kad pengenalan palsu dalam pengundian
pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran, dekat Klang, hari ini.
Katanya, pengadu mendapati terdapat tujuh individu telah mengemukakan kad pengenalan yang menggunakan nombor dan nama yang palsu pada sesi pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran petang tadi.
"Kes disiasat dibawah Sek. 419 KK (Menipu dengan jalan samaran)," katanya dalam satu kenyataan di Klang.
Sementara itu, menurut sumber parti berkenaan, perbuatan mengundi menggunakan kad pengenalan palsu itu berjaya dikesan sewaktu pemberian kertas undi.
"Individu ini menggunakan kad pengenalan yang palsu, kad pengenalan tertera nama orang lain yang dilekatkan di atas kad pengenalan tersebut," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan