
Timbalan Komander Tentera Bahagian ke-4 Maj Jen Kriangkrai Srirak berkata, dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 warga Thai yang bekerja dan 1,100 pelajar berada di Malaysia.
“Dianggarkan kira-kira 50,000 warga Thai tidak sempat pulang. Ini kerana semua pintu masuk Thailand-Malaysia telah ditutup sepenuhnya, berkuatkuasa hari ini.
“Berikutan peningkatan kes Covid-19 di wilayah-wilayah selatan Thailand, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya pintu-pintu masuk ini,” katanya.
Lapan pintu sempadan darat Thailand-Malaysia iaitu Satun (Wan Prachan), Songkhla (Ban Prakob, Sadao dan Padang Besar), Yala (Betong) dan Narathiwat (Sungai Golok, Bukohta dan Takbai) serta satu sempadan laut- Pelabuhan Dermaga Tammalang di Satun, tutup bermula semalam.
Semalam, Thailand melaporkan peningkatan terbesar dalam jangkitan Covid-19 dengan 89 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 411.
Di Malaysia, sebanyak 153 kes baru positif Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes. Sehingga kini, 8 kematian dilaporkan di Malaysia.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Anupong Paojinda berkata, gabenor di wilayah di sempadan mempunyai kuasa penuh untuk menutup wilayah masing-masing, jika situasi Covid-19 menjadi semakin buruk.
Beliau berkata, gabenor di wilayah terbabit boleh mempertimbangkan untuk menutup semua pintu masuk sementara dan membuka hanya pusat pemeriksaan utama, di wilayah masing-masing.
Bagaimanapun, berbeza di Chiang Rai yang terletak di utara Thailand yang bersempadanan dengan Myanmar dan Laos, dan dibenarkan untuk mengekalkan 1 pusat pemeriksaan untuk setiap negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan