Sabtu, 15 Februari 2020

TH umum hibah tak lama lagi, kata Mujahid

Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH, Nik Mohd Hasyudeen 
Yusoff dilaporkan berkata, prestasi kewangan badan berkanun 
itu amat positif pada suku ke-3 tahun lalu dan ia berada di landasan 
betul.
 
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata, Lembaga Tabung Haji akan mengumumkan agihan hibah bagi tahun kewangan 2019 tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara spesifik tarikh pengumuman itu.

“Perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya ringkas selepas menemui Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland hari ini sempena lawatan rasminya ke Malaysia.

Disember lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan pembayaran hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019.

Ini kerana katanya, prestasi kewangan TH amat positif pada suku ke-3 tahun lalu dan ia berada di landasan betul.

April tahun lalu, TH mengumumkan hibah terendah dalam sejarah badan berkanun itu, iaitu 1.25% bagi tahun kewangan 2018 berbanding 6.25% bagi 2017.

Tiada ulasan: