Isnin, 24 Februari 2020

Kerajaan sementara mungkin dibentuk - AG

MALAYSIAKINI




Pejabat Peguam Negara (AGC) dijangka mengeluarkan butiran mengenai kerajaan sementara di tengah-tengah kegalauan politik ekoran runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ya, saya sedang sediakan kenyataan media. Berkenaan kandungan (kenyataan itu), sila tunggu,” kata Peguam Negara Tommy Thomas kepada Malaysiakini. 

Kerajaan PH runtuh selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri secara mengejut, disusuli penarikan diri 37 anggota parlimen daripada gabungan pemerintah.

Terdapat kemungkinan kecil bahawa seorang anggota parlimen masih mampu membentuk kerajaan sekiranya dia dapat membuktikan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa dia mendapat sokongan majoriti.

Jika hal itu tidak berlaku, berkemungkinan pilihan raya umum semula akan diadakan.

Tiada ulasan: