Rabu, 26 Februari 2020

Dr. Rais tak terlibat dalam rundingan Muafakat Nasional – Annuar

Manzaidi Mohd Amin
MGF26112019_SIDANG-MEDIA-UMNO-PAU_01-1
Annuar Musa


KUALA LUMPUR – Ulasan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr. Rais Hussin berkaitan syarat ditetapkan Muafakat Nasional dalam membentuk kerajaan perpaduan mengelirukan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan bagaimana Rais boleh mengetahui ‘rahsia’ itu sedangkan beliau tidak pernah terlibat dalam rundingan yang diadakan antara UMNO dan Pas.

“Ini sangat mengelirukan. Dia (Rais) tidak pernah terlibat dalam rundingan melibatkan UMNO dan Pas,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Beliau menjelaskan demikian untuk memperbetulkan ulasan Rais dalam temubual dengan stesen televisyen swasta malam tadi yang dilaporkan berkata, UMNO dan Pas tidak pernah menuntut supaya DAP dikecualikan daripada kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
MGF280819_SEMINAR-PILIHANRAYA07-1
Dr. Rais Hussin
Rais berkata, hanya ada dua syarat yang dikemukakan iaitu UMNO dan Pas mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran secara en bloc atau keseluruhan dan keduanya mereka mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan pada kadar segera.

UMNO dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional bersama MCA serta MIC menarik balik akuan sumpah (SD) ahli parlimen mereka untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional berikutan cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa berasaskan parti.

Menurut Annuar, Muafakat Nasional juga konsisten dengan dasar dan pendiriannya untuk tidak bersama dengan DAP dalam mana-mana kerajaan baharu dan bersedia berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya umum. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: