Khamis, 27 Februari 2020

Kemelut politik: 3 masjid utama adakan solat hajat

tyrazalhe 

 

Jakim gesa rakyat bertindak rasional, utamakan keamanan negara

BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat khusus untuk keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini.

Merujuk situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya berkata, solat hajat berkenaan akan diadakan di tiga masjid utama di bawah pentadbirannya, membabitkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mulai hari ini.

Beliau berkata, Jakim turut memohon kerjasama semua masjid di bawah Jabatan dan Majlis Agama Islan Negeri-Negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan dan kehormonian negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sejak Ahad lalu, situasi politik negara terus ‘panas’ selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu.

Sehingga kini, negara masih tidak mempunyai tampuk pemerintahan yang sempurna, dan hanya dipertanggungjawabkan sementara ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim.


Tiada ulasan: