Sabtu, 15 Februari 2020

Sita barangan Najib hampir 2 tahun, apa muslihat PH?



Kerajaan PH sita barang-barang dari rumah saya 21 bulan dahulu pada bulan Mei 2018 selepas PRU14.

Sepatutnya dipulangkan selepas setahun jika tidak ada dakwaan jenayah ke atas barang-barang yang disita.

Namun, untuk menghalang barang-barang tersebut dikembalikan, kerajaan PH failkan saman sivil untuk sita barang-barang tersebut pada April 2019 sebelum tamatnya tempoh 1 tahun di mana barang-barang perlu dikembalikan.



Dalam affidavit kerajaan PH yang digunakan sebagai alasan saman sivil, mereka juga mengaku kebanyakan barang-barang tersebut merupakan hadiah peribadi terkumpul seluruh keluarga saya sejak berdekad-dekad lalu selepas siasatan mereka.

Namun tidak ada bukti dokumen jelas yang buktikan ianya adalah hadiah.

Saya pernah jelaskan beberapa kali bahawa nilai dan jumlah barangan yang disita bukan bernilai seperti apa yang diumumkan oleh kerajaan PH masa mereka sita.

(Sudah dibuktikan banyak kali sejak PRU14 bahawa kerajaan PH sering naik-naikkan angka sesuka hati mereka dalam banyak perkara)

Saya juga jelaskan banyak dari hadiah-hadiah tersebut adalah hadiah tunang, perkahwinan dan harijadi dari kawan-kawan termasuk dari orang kenamaan dan kerabat Raja dari dalam dan luar negara.

Sebab itu juga, kita mahu periksa dan pastikan jumlah dan nilai barang yang mereka umumkan semasa sita adalah sahih.

Pada bulan Julai 2019, kita failkan permohonan untuk periksa barang-barang tersebut kerana senarai yang dikeluarkan kepada kita semasa mereka sita tidak lengkap dan tidak jelas.

Selepas beberapa penangguhan akibat langkah kerajaan PH membantah pemeriksaan, kes akhirnya didengar 11 hari dahulu pada awal Februari 2020.

Kerajaan PH membantah lagi dalam mahkamah dengan memberi alasan bahawa nilai barang-barang tersebut akan merosot jika terdedah kepada udara apabila dikeluarkan dari bilik kebal.

"31 Jan 2020: Fatnin replied that the items are kept in a secret vault under Bank Negara Malaysia's watch, and whether removing them from the security vault and into open air would result in them being exposed, as this may affect the value of the items."
https://www.theedgemarkets.com/…/najib-and-rosmah-want-insp…

Hakim tolak alasan tersebut dan memerintah bahawa pemeriksaan dilakukan selewat-lewatnya dua minggu kemudian.

Hari ini, kerajaan PH kata tempoh dua minggu yang diperintah oleh Hakim tidak cukup untuk pemeriksaan dijalankan.

Dengan menggunakan alasan keselamatan, mereka mohon mahkamah untuk tangguhkan tarikh pemeriksaan lagi.

Hakikatnya, kita masih tidak dapat periksa apa yang telah disita.selepas hampir dua tahun barang kita disita,

Saya pun pelik kenapa BNM mampu kawal keselamatan untuk wang-wang kertas serta jongkong emas bernilai puluhan bilion Ringgit tetapi tidak mampu mengawal keselamatan untuk ahli keluarga memerika barang kita yang disita.

MR :  Makin lama sita makin lama isu ini boleh dimainkan, makin ramai dan lama rakyat kena kencing... itu sifir mudah

Tiada ulasan: