Ahad, 23 Februari 2020

Rakyat tertunggu-tunggu apa berlaku

SEHINGGA berita ini ditulis, pelbagai spekulasi timbul membabitkan perubahan landskap politik tanah air.

Seluruh rakyat kini tertunggu-tunggu pengumuman yang dijangka bakal berlaku.

Antara berita berlegar-legar dalam media sosial ketika ini adalah kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet.

Sementara itu, MalaysiaGazette melaporkan puluhan kenderaan orang kenamaan mula memasuki pekarangan  Istana Negara petang ini.

Kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard mula kelihatan memasuki Istana Negara kira-kira pukul 5.30 petang lagi.

Dianggarkan terdapat lebih 20 kenderaan yang diiringi polis memasuki kawasan istana.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah  Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara menaiki sebuah helikopter.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong sebelum itu menghadiri sebuah perlawanan golf di Shah Alam, Selangor.

Pengumuman mengenai perubahan landskap politik tanah air di jangka berlaku bila-bila masa.

Tiada ulasan: