Ahad, 23 Februari 2020

Pas batal usul percaya kepada Tun M

Wartawan MalaysiaGazette
MGF16102019_SIDANG-DEWAN-RAKYAT24
Datuk Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Ekoran ketetapan terbaharu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) – Pas mengambil keputusan membatalkan cadanganya membawa usul percaya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul itu tidak lagi relevan selepas ketetapan itu berjaya menghentikan percubaan untuk menukar Perdana Menteri dengan cara yang tidak demokratik.

“Ia tidak lagi relevan untuk membawa usul ini lagi kerana Perdana Menteri kini boleh memberikan tumpuan untuk melaksanakan segala dasar dan memulihkan semula ekonomi tanpa gangguan politik,” katanya kepada akhbar The Star semalam.

Menurut Takiyuddin hasrat Pas bukanlah untuk mengambil alih kerajaan apabila mencadangkan usul tersebut tetapi mahu supaya berlaku kestabilan dalam politik negara.

“Apa yang kami mahukan ialah kestabilan dalam politik,” katanya.

Ketetapan Majlis Presiden PH baru-baru ini menetapkan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas ditentukan oleh Mahathir dan beliau merancang berbuat demikian selepas persidangan APEC.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: