Selasa, 25 Februari 2020

Sultan Sharafuddin perkenan kerajaan pimpinan PH berfungsi di Selangor

Pakatan Harapan akan meneruskan pentadbiran di Negeri Selangor seperti mandat yang diberikan oleh rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Umum lalu.

Menurut Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan selepas beliau menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pagi ini. pagi tadi.

Turut menghadap Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Selangor, Gobind Singh Deo yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Pengerusi Amanah Selangor , Ir Izham Hashim.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berpuas hati dengan penjelasan bahawa kerajaan sedia ada ingin meneruskan komitmen bagi merealisasikan mandat rakyat Negeri Selangor pada Pilihanraya Umum 2018 yang lepas.

“Dan Tuanku memberi perkenan agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berfungsi dan berjalan seperti biasa,” kata Amirudin.

Terdahulu Amiruddin telah bermesyuarat dengan pengerusi parti-parti komponen kerajaan termasuk Datuk Abdul Rashid Asari selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor bagi membincangkan hala tuju Selangor.

“Justeru pentadbiran ini berikrar untuk kekal menghormati mandat rakyat bagi melaksanakan agenda yang bermanfaat untuk negeri dan rakyat Selangor seluruhnya,” kata Amirudin.

Tiada ulasan: