Rabu, 26 Februari 2020

“Kerusi runtuh” untuk Gerakan?

MalaysiaGazette 
MGF16022020_MAJLIS-TAHUN-BARU-CINA-2020-PARLIMEN-AMPANG_08
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Presiden Gerakan, Dominic Lau pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang di SJKC Kampung Baru Ampang, Ampang, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
 

PULAU PINANG – Gerakan yang berakhir dengan “tangan kosong” dalam pilihan raya lalu mungkin menerima 11 “kerusi runtuh” selepas 11 orang Ahli Parlimen yang sudah keluar PKR dikatakan mahu menyertai parti itu.

Walau bagaimanapun, pemimpin dan veteran Gerakan masih berdiam diri dan enggan memberi ulasan mengenai kemungkinan itu.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, sehingga Selasa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 10 rakannya belum menyerahkan borang keahlian kepada Gerakan.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau sekadar mengulangi bahawa partinya mengalu-alukan siapa-siapa sahaja yang bersedia menerima hala tuju dan perlembagaan parti, selain berjuang untuk rakyat.

Veteran parti, Datuk Lum Weng Keong berkata, beliau “tidak senang” untuk mengulas penyertaan Mohamed Azmin dalam Gerakan.

Beliau bagaimanapun berharap Gerakan hanya mengendalikan urusan kemasukan parti selepas perkembangan politik bertenang.

Seorang lagi veteran iaitu bekas Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan juga enggan memberi ulasan dan memberi alasan bahawa beliau sudah bersara. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: