Ahad, 23 Februari 2020

LTTE: Ronnie minta Tommy tidak peduli kritikan umum

Kasthuri Jeevendran
MGF24112019_KONVENSYEN-OTAI-REFORMIS02-1
Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR –  Ronnie Liu menasihati Tan Sri Tommy Thomas supaya tidak mengendahkan suara-suara yang mengkritik tindakan beliau sama ada daripada pembangkang atau pimpinan kerajaan.

Ronnie yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek berkata, Peguam Negara perlu diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan telus tanpa sebarang sekatan.LTTE: Ronnie minta Tommy tidak peduli kritikan umum

“Tommy perlu dibenarkan melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan telus tanpa apa-apa sekatan dan tanpa rasa takut.

“Saya menggesa supaya Tommy supaya abaikan sahaja suara-suara ini, anda telah diberikan tugas berat untuk menjaga kedaulatan undang-undang di negara ini,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
MGF22102019_NAJIB-HUJAH-SRC10
Tommy Thomas
Semalam, Tommy bertindak menghentikan prosiding serta-merta terhadap 12 individu, termasuk dua daripadanya dalam kalangan ADUN DAP yang berdepan dengan pertuduhan menyokong LTTE.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan budi bicara Peguam Negara sejajar dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya telah putuskan tiada prospek yang jelas bagi sabitan mana-mana daripada 12 individu terhadap mana-mana 34 pertuduhan,” kata Tommy dalam kenyataan 11 muka surat.

Rentetan keputusan itu, sejak semalam sehingga saat ini, pelbagai kritikan menghujani Tommy sehingga ada pihak mahu beliau di pecat.

Dalam pada itu Ronnie juga turut mendesak kerajaan supaya menarik balik warta yang menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

“Sudah tiba masanya untuk keluarkan LTTE dari senarai organisasi pengganas. Ianya sudah tidak aktif sejak 10 tahun lepas.

“Ini sebenarnya satu perkara yang betul dan perlu dilakukan. Peguam Negara sebenarnya telah menjelaskan dengan begitu baik sekali mengapa ianya perlu dilakukan,” tulisnya lagi. –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: