
KUALA LUMPUR – Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak kerajaan menggugurkan pertuduhan terhadap wartawan yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus.
Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew, tindakan kepada media di negara demokrasi seperti Malaysia dalam soal kebebasan bersuara akan memburukkan persepsi di mata masyarakat dan pihak antarabangsa.

Sementara itu, Pemangku Presiden NUJ, Farah Marshita Abd Pahat berkata, pihaknya membantu Wan Noor Hayati dalam membayar jaminan mahkamah sebanyak RM12,000 hari ini.
Akibat kekurangan dana, katanya, NUJ juga merayu kepada rakan-rakan wartawan lain untuk turut memberi sumbangan bagi membayar wang jaminan berkenaan.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan